AYAT GERAK2

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KELAB RAKAN TAMAN UKM

Saturday 21 April 2012

update: aktiviti April 2012


berikut, ialah senarai aktiviti dalam tempoh terdekat

1. Pameran Fiesta Fakulti Sains dan Teknologi
23-25 April 2012 (Isnin - Rabu). anda boleh turut serta menjaga booth selama 3 hari jam 9 - 5 petang di Dewan Anuwar Mahmud.
 
2. Lawatan Sekolah Menengah Sains Iskandar Shah, Johor ke Taman Paku Pakis
28 April 2012 (Sabtu). anda boleh menjadi fasilitator kepada adik-adik sekolah. anda akan dibawa terlebih dahulu ke taman untuk latihan fasilitator

sila pilih dan respon kepada kami. 

Sekian. Terima kasih

Pimpinan Baru Sesi 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

terima kasih atas kehadiran anda dalam Mesyuarat Agung tadi.
untuk makluman hadirin, berikut ialah senarai jawatankuasa tertinggi baru sesi 2012/2013, dan senarai exco akan disenarai pendek kemudian.

Presiden: Muhammad Arrabe'
Timb. Presiden: Shukri Faidz M Sabri
Naib Presiden: Siti Araffah Mohd Hatta
Setiausaha: Nurul Ain Norddin
Bendahari: Anis Mardhiah Ibrahim.

semoga anda dapat memberi sokongan kepada kami pimpinan baru ini.

Friday 20 April 2012

Mesyuarat Agung

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Anda adalah Ahli Kelab Rakan Taman UKM

1. 21 April 2012 (Sabtu ini) akan diadakan Mesyuarat Agung (AGM) Kelab Rakan Taman UKM. 
anda semua dijemput hadir. butiran seperti di bawah dan lampiran poster:


Tarikh: 21 April 2012 (Sabtu)
Tempat: DK 3F 203
Masa & Tentatif: 
8.30 - 8.45 pagi : Pendaftaran
8.45 - 9.15 pagi : Ucapan Presiden dan Penasihat
9.15 - 10.00 pagi : Laporan Setiausaha dan Bendahari
10.00 - 11.00 pagi: Pilihanraya Jawatankuasa & Minum Pagi
11.00 - 12.00 tgh: Pembentangan Usul dan Lantikan pimpinan baru
12.00 tgh : bersurai
 

2. buat julung kali, Kelab Rakan Taman akan menganjurkan pilihanraya untuk pemilihan Jawatankuasa bagi Sesi 2012/2013.
Justeru, anda dijemput untuk menjadi calon kerana anda dilihat berpotensi untuk menjadi calon. Semua pelajar dari pelbagai Fakulti digalakkan. penyertaan percuma!
sila isi borang yang dilampirkan dan sila serahkan kembali kepada kami sebelum atau pada 19 April (Khamis).

3. bagi mereka yang belum berdaftar dan ingin menyertai kelab rakan taman, sila isi borang keahlian dilampirkan dan email kembali kepada kami sebelum 19 April 2012 (Khamis)

4. sila respon kehadiran RVSP sebelum 19 April 2012 (Khamis) ini untuk tempahan makanan. kami akan berikan kupon makanan bagi mereka yang respon awal. boleh email atau sms [AGM Hadir<> nama anda] ke 0122517488 

5. cadangan usul boleh diberikan sekarang dan cadangan penambahbaikan Kelab Rakan Taman melalui email ini sebelum AGM berlangsung. Usul anda sangat bermakna untuk dibincangkan dalam mesyuarat nanti. boleh email atau SMS  [AGM USUL <> nama anda <> cadangan usul] ke 0122517488 

"Tahniah dan sila respon segera. Percayalah anda sangat penting buat kami"

Saturday 10 March 2012

Program Kembara Alam di Hutan Pendidikan Alam


Satu program yang sangat menarik. Mempunyai misi yang sangat berguna kepada semua ahli iaitu mengenali alam dengan lebih dekat melalui pembinaan rintis baru. Program yang bakal berlangsung pada 17 Mac 2012 di Hutan Pendidikan Alam UKM, menawarkan seribu satu pengalaman yang baru bagi mereka yang meminati alam ciptaan yang Maha Esa. Sijil juga ditawarkan kepada mereka yang menyertai program ini.



Thursday 8 March 2012

Benkel "ASPIRASIKAN HIDUP DENGAN BUAH-BUAHAN"


Mari kita bersama mendalami dan berusaha membongkar kebaikan buah-buahan
Sila hubungi nama seperti diatas bagi sesiapa yang berminat.terima kasih

Sunday 4 March 2012

Perasmian Kelab Rakan Taman oleh Mantan Perdana Menteri YAB Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi


Kelab Rakan Taman UKM sangat berbangga dengan kehadiran YAB Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan kelab ini secara rasminya pada 29 Mac 2010.


Kelab Rakan Taman UKM..SELAMAT DATANG DIUCAPKAN..

Kelab Rakan Taman-blog ini adalah bertujuan untuk menyampaikan aktiviti-aktiviti terbaru dan bakal dijalankan.

Kelab Rakan Taman Universiti kebangsaan Malaysia dengan ini mengajak semua pelawat dalam blog ini untuk menambahkan rasa kecintaan kepada alam ciptaan yang Maha Esa ini.

Diharapkan blog ini dapat membantu sedikit sebanyak menambahkan ilmu tentang alam ini..BERSAMA MENGHIJAUKAN ALAM..